TENTANG ASKAR WATANIAH

TENTANG ASKAR WATANIAH







Askar Wataniah (AW) adalah badan sukerela yang berlainan dari badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan angkatan simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua di dalam mempertahankan negara kita yang tercinta ini. Penyertaan saudara-saudari di dalam Askar Wataniah akan merupakan satu sumbangan murni di dalam menyahut seruan ibu pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan di dalam dasar pertahanan negara. HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk pengembelingan semua sumber negara disamping penglibatan angkatan tentera.
Sebagai sebuah negara yang berkembang untuk mencapai matlamat sebuah negara yang maju dengan Wawasan 2020, setiap pihak dan rakyat perlu memainkan peranan di dalam pembangunan dan pertahanan negara dan hendaklah menjadikannya sebagai sebahagian dari aktiviti masyarakat.

Askar Wataniah MINDEF

Dilancarkan pada 26 Jun 2009 oleh Y.B. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia. Kementerian Pertahanan mengarahkan semua pegawai dan kakitangan awamnya menyertai Askar Wataniah (AW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan dan Timbalannya, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad menyasarkan seratus peratus pegawai serta kakitangan awam yang layak. Penyertaaan secara menyeluruh ini adalah untuk menggarap satu tujuan supaya orang awam memahami dan merasai denyut nadi serta degup jantung pegawai dan anggota tentera. Jalinan antara pegawai dan anggota tentera bersama pegawai dan anggota kakitangan awam dapat diwujudkan.
Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Askar Wataniah bil 1/2009 pada 20 Julai 2009 telah mencadangkan supaya diwujudkan 3 kategori penyertaan dalam Pasukan Askar Wataniah KEMENTAH. Kategori Pertama (Kumpulan A) adalah bagi warga awam yang menyertai Askar Wataniah KEMENTAH sebagai kumpulan elit. Kumpulan ini akan dipersiapkan untuk menyertai sebarang acara perbarisan di peringkat Kementerian ataupun peringkat yang lebih tinggi.
Kategori kedua (Kumpulan B) pula terdiri daripada warga awam yang disahkan sihat dan berumur kurang 50 tahun. Manakala Kategori ketiga (Kategori C) pula adalah warga awam yang berumur kurang 50 tahun tetapi disahkan tidak sihat oleh pegawai perubatan dan mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Pegawai-pegawai kanan Kementerian di Gred 54 dan ke atas adalah dalam kategor ini. Ketiga-tiga kumpulan ini akan menjalani latihan yang berbeza mengikut kesesuaian tahap kesihatan dan umur.


Kenapa Wataniah ??

Kenapa Askar Wataniah Perlu Dibangunkan


Ada beberapa sebab mengapa kita perlu membangunkan Askar Wataniah.


PERTAMA, negara kita tidak mampu menanggung kos pengurusan angkatan tetap yang besar.


KEDUA, aset negara yang kecil perlu dijurus menjadi dwi-fungsi, iaitu untuk membangun ekonomi negara dan untuk pertahanan negara melalui penglibatan dalam Askar Wataniah.


KETIGA, peperangan pada zaman ini bukan diantara dua angkatan tentera yang bermusuhan tetapi melibatkan seluruh negara dan rakyatnya. Oleh itu, kita perlukan rakyat yang berdaya `multi skills' dan berupaya menggunakan semua sumber negara secara bijaksana. Lantas dapat berfungsi menyokong jentera pertahanan negara dalam suasana getir.


KEEMPAT, saiz negara kita dan keadaan geografinya yang dipisahkan oleh Laut China Selatan memerlukan seluruh sumber negara di gembling bagi mewujudkan pertahanan kukuh dan saling membantu.


KELIMA, Dasar Pertahanan Negara (DPN) dengan jelas menerangkan bahawa dalam suasana konflik (negara bersiap sedia untuk berperang) semua sumber negara mesti dimobilisasikan.


KEENAM, kerajaan telah memutuskan untuk tidak mengimplementasikan `national service', maka, alternatif mewujudkan Pasukan Simpanan Tentera Darat yang mantap perlu direalisasikan.



Perkembangan Kerjaya


Perkembangan KerjayaDalam Askar Wataniah setiap individu berpeluang meningkatkan kerjaya masing-masing dalam pasukan Sukarela dengan mendapat peluang-peluang berikut:


Kursus Kerjaya - Berpeluang mengikuti kursus-kursus kerjaya di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) di Ipoh atau pasukan-pasukan penganjur yang lain.


Kursus Fungsional - Berpeluang menghadiri kursus fungsional untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang ketenteraan.


Kenaikan Pangkat dan Pentauliahan - Anggota-anggota yang layak dan memenuhi syarat-syarat berpeluang dinaikkan pangkat dan bagi anggota-anggota yang mempunyai kelayakan akademik berpeluang ditauliahkan sebagai pegawai.


Imbuhan Elaun - Setiap anggota Sukarela akan dibayar elaun bagi setiap latihan yang dihadiri. Jenis-jenis elaun yang disediakan adalah seperti berikut:


- Elaun Latihan Tempatan: Kadar elaun ini dibayar mengikut jumlah jam latihan yang dihadiri termasuk tuntutan perjalanan bagi anggota yang menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam.


- Elaun Latihan Berterusan/Khemah Tahunan: Semua anggota yang menghadiri latihan berterusan melebihi 72 jam/Kem Tahunan akan dibayar gaji/elaun sebagaimana Anggota Tetap mengikut kadar gaji pangkat semasa dan jumlah hari yang dihadiri.


- Saguhati Tahunan (Bounti): Sagu hati ini dibayar kepada anggota-anggota yang layak mengikut keaktifan menghadiri latihan dalam satu tahun.


- Elaun Pakaian: Elaun ini khusus untuk pegawai sahaja iaitu semasa ditaulahkan dan untuk penyelenggaraan pakaian tahunan.


Kemudahan


Apakah yang anda perolehi apabila menyertai Askar Wataniah ?


Berjasa dengan menyumbang kepada pertahanan negara.


Mengisi masa lapang yang sebaliknya akan terbiar sekiranya tidak menyertai sebarang aktiviti kumpulan sosial.


Mempelajari kepakaran dalam pasukan Askar Wataniah yang dipilih.


Membina dan membangunkan perwatakan tanpa mengeluarkan wang ringgit.


Menambah kenalan/sahabat dari pelbagai lapisan masyarakat.


Berpeluang melawat/menghadiri latihan di pusat latihan dan pasukan-pasukan di seluruh negara.


Elaun semasa latihan hujung minggu dan gaji bagi latihan melebihi 72 jam dan perkhemahan tahunan.


Bounti/Saguhati tahunan.


Perlindungan kemalangan sama seperti Angkatan Tetap.


Elaun Perjalanan ke tempat latihan dan kemudahan perubatan.


Layak menyertai Insurans Berkelompok ATM.


Cuti tanpa rekod bagi menyertai latihan selama 30 hari dalam satu tahun (bagi kakitangan kerajaan sahaja).


Boleh dikerah untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam kor-kor yang berkaitan bagi mereka yang layak.


Layak mendapat kemudahan pembelian barangan PERNAMA PERWIRA NIAGA seperti mana Anggota Tetap.Layak memperolehi kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Askar Wataniah.


BERMINAT MEYERTAI ASKAR WATANIAH MALAYSIA

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMASUKI PERKHIDMATAN ASKAR WATANIAH MALAYSIA

(SUKARELA/SUKARELAWATI)


1.WARGANEGARA MALAYSIA

2.BERUMUR 18 TAHUN HINGGA 35 TAHUN

3.LELAKI ATAU WANITA

4.TINGGI TIDAK KURANG 157CM (LELAKI) TIDAK KURANG 152CM (WANITA)

5.BERAT TIDAK KURANG 47KG (LELAKI) TIDAK KURANG 45KG (WANITA)

6.PENDIDIKAN TAMAT TINGKATAN 3(DARJAH 6 DIPERTIMBANGKAN)

(Lain-lain pangkat) DAN LULUS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SEKURANG-KURANGNYA GRED 2 (Pegawai)

7.PENERIMAAN TERTAKLUK KEPADA KEPUTUSAN TAPISAN KESELAMATAN(Tiada kes jenayah)

8.BOLEH MENULIS DAN MEMBACA

9.MEMPUNYAI PENGELIHATAN YANG BAIK

10.MEMPUNYAI KESIHATAN YANG BAIK


KEPERLUAN YANG MESTI DIBAWA BERSAMA


1.GAMBAR UKURAN PASPORT 4 KEPING

2.BUAT SALINAN FOTOSTET (4 SALINAN)

a-kad pengenalan sendiri

b-kad pengenalan ibu bapa atau penjaga

c-kad pengenalan isteri (jika berkhawin)

d-sijil kelahiran sendiri

e-sijil nikah(jika berkhawin)

f-sijil berhenti sekolah

g-sijil2 akedemik (Darjah 6/UPSR)(SRP/PMR)(SPM)

h-sijil kelahiran anak2


TAMBAHAN KEPADA IBU /BAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

i-Cari 2orang waris dan fotostet kad pengenalannya


KEMUDAHAN-KEMUDAHAN INSENTIF


1.ELAUN REKRUT SEBULAN

2.ELAUN LATIHAN 

3.ELAUN PERJALANAN


4.DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN

No comments:

Post a Comment